Monday 6 June 2011

Assalamualaikum

Bismillah pembuka bicara
selawat dan salam buat yg dirindui sentiasa

SEBARANG KELEWATAN MENGEMASKINI AMATLAH MENDUKACITAKAN
KEPADA SAHABAT2..TERUSKAN MENGIKUTI BLOG INI..
MOGA2 PENGISIAN YG LEBIH BERMAKNA MAMPU DKONGSI BERSAMA

SEKIAN
TERIMA KASIH!..

salamullahi'alaikum..

Friday 20 May 2011

Muqaddimah Kembara Insan Agung

Rasanya tidak mampu untuk menahan diri dari tidak meluahkan perasaan dalam tulisanku tentang manusia yg paling aku kasihi dalam hatiku, iaitu Muhammad s.a.w. Sesungguhnya saya bukanlah sedang menulis tentang seorang pemimpin politik yg sedang menyampaikan manifestonya kepada khalayak bangsanya atau cuba menjelaskan kepada para pengikutnya semua rancangannya, umtuk membangun sebuah negara di salah satu sudut dari dunia ini. Tidak! Akan tetapi saya menulis tentang seorang utusan Allah, Tuhan bagi alam semesta yg diutus untuk membawa rahmat bagi umat manusia seluruhnya.

Saya tidak mampu dari tidak bersikap memihak ketika menulis tentang ia, kerana saya tidak menulis tentang salah seorang khalifah yg mempunyai kekuatan bersenjata, istana, dan banyak pembantu, serta mempunyai harta kekayaan yang banyak berupa emas, perak, kuda yg diberi tanda, haiwan ternakan, dan ladang pertanian yg luas. Tiada lain yg saya tulis adalah perihal seorang yg menjadi rahmat yg diturunkan dan nikmat yg dianugerahkan. Dialah Muhammad s.a.w.

Saya tidak kuasa untuk bersikap tidak memihak, kerana saya bukan menulis tentang seorang sultan yang menguasai manusia dengan pedang dan cambuknya serta mempertakuti manusia dengan kekuasaan, pengaruh, dan propaganda yg ada padanya, melainkan saya menulis tentang seorang yg terpelihara dari dosa-dosa. Allah telah melapangkan dadanya, memaafkan semua dosa-dosanya, dan meninggikan sebutannya.

Saya tidak kuasa dari tidak meluahkan perasaanku, kerana saya bukan menulis tentang seorang penyair kacau atau seorang pemidato yg besar mulut atau pembicara tukang membuat atau seorang filosof yg kepaung (tanpa arah dan tujuan) atau seorang pendongeng yg pandai berilusi atau seorang penulis yg ahli dalam membuat cerita atau seorang pedagang yg hidup senang.

Sesungguhnya saya menulis tentang Nabi terakhir, diturunkan wahyu kepadanya, Jibril turun kepadanya dan menghantarkannya hingga ke Sidratul Muntaha. Dia mempunyai syafaat yg terbesar, kedudukan yg paling agung, telaga yg didatangi, kedudukan yg terpuji, dan panji yg ditegakkan. Kalau memang demikian, maka bagaimanakah aku dapat bersikap tidak memihak?

Apakah anda hendak menahan perasaanku, membelenggu kecenderunganku, dan mengekang degupan jantungku ketika aku menulis tentang manusia yg paling kucintai dengan sepenuh hati, seorang lelaki yg paling kuhormati, dan makhluk yg paling kumuliakan dengan segenap jiwaku? Sesungguhnya hal ini adalah sesuatu yg aneh.

Apakah anda hendak menahan deraian air mataku ketika aku hendak menulis sirah perjalanan hidupnya? Apakah anda hendak memadamkan bara kerinduan jiwaku ketika aku hendak menulis tentang berita-beritanya dan apakah anda hendak membekukan degupan kecintaan hatiku ketika aku menguntai kenangan-kenangannya? Aku sama sekali tidak kuasa melakukannya, meskipun beribu upaya telah kulakukan.

Demikian itu kerana saya menulis tentang seorang anutan yg petunjuknya selalu menjadi imamku dalam semua persepsi dan tindakanku. Ketika aku sembahyang, aku selalu teringat kepadanya, kerana baginda bersabda : "Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku mengerjakannya!" (Bukhari 231)

Manakala ketika aku mengerjakan ibadah haji, aku selalu teringat kepadanya, kerana baginda bersabda : "Ambillah contoh manasik haji dariku!" (Muslim 1297)

Dalam setiap kedipan mataku, aku selalu teringat kepadanya, kerana baginda bersabda : "Sesiapa yang benci terhadap sunnahku (tuntutan)ku, ia bukan dari golonganku." (Bukhari 5063, Muslim 1041)


Setiap kali aku selalu teringat kepadanya, kerana Allah s.w.t. telah berfirman : "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yg baik bagimu." (Surah Al Ahzaab (33):21)


Sesungguhnya aku menulis tentang seorang lelaki yg paling dihargai, insan yg paling dimuliakan, manusia yg paling utama dan makhluk yg paling suci. Rujukanku dalam penulisan ini adalah data cinta yg tersimpan dalam kalbuku dan sumberku dalam hal ini ada dalam daftar kekaguman yg terukir dalam ingatanku.

Aku menulisnya seolah-olah dengan semua saraf tubuhku dan urat jantungku dan seolah-olah dakwat yg kugunakan untuknya adalah darah dan air mataku.

POTRET PERIBADI MUHAMMAD SAW
Dr Aidh Abdullah Al Qarni

Thursday 5 May 2011

Kembara Eksplorasi 3

Di Palestin terdapat dua laut. Pertama, laut ataupun Tasik Galilea yang terkenal. Ia memperoleh air tawarnya dari sungai-sungai berdekatan, menggunakan air itu bagi menumbuhkan bermacam-macam tumbuhan air dan kemudian mengalirkannya ke Sungai Jordan. Sungai Jordan menjalankan fungsinya menyalurkan kehidupan di sepanjang gurun yang di laluinya dan mengubahnya menjadi tanah yang subur.


Kedua, Laut Mati, Laut Mati penuh dengan garam hingga tidak ada kehidupan yang mampu bertahan hidup di dalamnya. Perbezaan antara kedua-dua badan air ini adalah Laut Mati memperoleh air itu dari Sungai Jordan tetapi tidak mengalirkan air itu ke mana-mana pun. Jadi, ia tidak mempunyai saluran pembuangan.


Begitu juga dengan manusia. Kita boleh menjadi seperti Sungai Jordan ataupun kita boleh menjadi seperti Laut Mati. Orang yang hidup tanpa memberi akan menjadi orang yang susah bergerak dan mendapati semua yang dia miliki menghambat kehidupannya. Sebaliknya, orang yang memberi dengan bebas, berkembang dengan subur umpama daun-daun hijau pada musim hujan.

Saturday 23 April 2011

Kembara Eksplorasi 2

Dr.Kare Messenger berkata, "Kunci rumah saudara dan pergilah ke bawah jambatan. Cari orang yang memerlukan bantuan dan bantulah mereka."

Friday 8 April 2011

Kembara Eksplorasi 1

Henry Ford Sr. berkata, "Kejayaan bukanlah sesuatu yg jarang berlaku. Kejayaan ada di mana-mana. Ia adalah bagaimana kita mengatur keseimbangan antara usaha-usaha mengatasi rintangan dan kemampuan orang memberikan bantuan kepada orang lain yg memerlukan, Tidak ada kejayaan yang lain. Walaupun ramai orang yg menghubungkan kejayaan dgn apa yg mereka peroleh, kejayaan itu bermula dgn memberi."

Monday 21 March 2011

Kembara Hikmah

Pada suatu hari Saidina Ali mengisahkan ada seorang lelaki datang kpd Nabi Muhammad dan berkata, "Ajarkanlah kepadaku suatu amalan yg membuat Allah dan para makhluk mencintaiku, Allah menambahkan hartaku, menyihatkan tubuhku, memanjangkan umurku, dan membangkitkan aku di Padang Mahsyar bersamamu."

Subhanallah, suatu pertanyaan yg sama dgn pertanyaan kita, bukan? Bukankah perkara-perkara itu juga menjadi keinginan kita semua? Siapa yg tidak suka dicintai Allah dan para makhluknya? Siapa yg tidak suka Allah memberikan banyak harta dan menyihatkan tubuh kita serta memanjangkan umur kita? Apalagi bangkit pada hari kiamatbersama Nabi Muhammad?

Nabi Muhammad menjawab, "Kamu memohon enam perkara, jadi kamu perlu melakukan enam perkara juga. Apabila kamu mahu Allah mencintaimu, takutlah kepadanya dan bertakwalah. Apabila kamu mahu para makhluk mencintaimu, berbuat baiklah kepada mereka dan jangan mengharap sesuatu daripada apa yg mereka miliki. Apabila kamu mahu memiliki banyak harta, zakatkanlah harta bendamu. Apabila kamu mahu menjadi sihat, banyakkanlah sedekahmu. Apabila kamu mahu panjang umur, jalinkan silaturahim dgn saudara-saudaramu. Apabila kamu mahu dikumpulkan bersamaku di Padang Mahsyar, panjangkanlah sujudmu pada Allah yg Maha Esa dan Maha Perkasa."

Tidakkah kita mahu menjadi orang yg takut dan bertakwa kepada Allah bukan kerana kita mengharap Allah mencintai kita, tetapi kita takut dan bertakwa kepadanya kerana Allah memang layak utk ditakuti dan menjadi tujuan kita bertakwa. Adakah kerana Allah mencintai kita, maka kita menjadikannnya alasan menjadi orang yg takut dan bertakwa kepadanya? Adakah kerana kita mahukan semua makhluk mencintai kita, maka kita tidak mengharapkan sesuatu yg mereka miliki?

Dengan kata lain, apabila keinginan dicintai makhluk itu wujud, adakah kita tidak mengharapkan sesuatu daripada mereka? Adakah kerana zakat itu dapat meluaskan rezeki, baru kita hendak mengeluarkan zakat? Dengan kata lain, seandainya zakat itu tidak mendatangkan dan meluaskan rezeki, adakah kita tidak mengeluarkan zakat? Adakah kerana silaturahim itu dapat memanjangkan umur, baru kita mahu bersilaturahim? Dengan kata lain seandainya silaturahim itu tidak dapat memanjangkan umur, adakah kita tidak bersilaturahim? Adakah kerana memanjangkan sujud sewaktu solat itu dapat mengumpulkan kita bersama Nabi Muhammad di Padang Mahsyar, baru kita hendak memanjangkannya?

kita seperti orang yang bertanya kepada Nabi Muhammad di atas dan nampaknya, seperti itulah cara kita bersedekah. Kita mengharapkan imbalan dan balasan. Kita menjadi pedagang. Kita bersedekah dengan mentaliti seorang pedagang. Kita tidak bersedekah sebagai orang yg merdeka.

Apakah ini yg kita inginkan?..

Allahummafaqqihna fid diin....
Ameen...

Wednesday 16 March 2011

Kembara Renungan

Kita sebagai manusia memiliki satu kecenderungan iaitu mengharapkan imbalan atau balasan daripada perbuatan baik yg telah dilakukan. John Dewey, seorang ahli falsafah Amerika berkata, desakan yg kuat dalam sifat asas manusia adalah mahu menjadi penting. Apabila kita memberi ataupun membantu orang lain, maka orang itu menganggap kita penting.

Lincoln pernah memulakan suratnya dengan menulis, "setiap orang menyukai pujian." William James berkata, "Prinsip asas dalam sifat manusia adalah perasaan perlu dihargai." James tidak menyatakan 'harapan', 'hasrat' ataupun 'dambaan' tetapi mengatakan perlu dihargai. Mengharap imbalan, balasan, sanjungan, pujian, penghormatan, dan penghargaan adalah alasan yg kuat bagi diri seseorang di sebalik memberi pertolongan kepada orang lain.

Kecenderungan itu tidak hanya berlaku dalam konteks sosial atau kemasyarakatan semata-mata, malah ia juga berlaku dalam konteks keagamaan. Bukankah kita beribadah kepada Allah kerana mengharapkan pahala? Mengharapkan syurga? Bukankah kita berusaha menjauhi larangan-larangan Allah kerana takut dimasukkan ke dalam neraka? Takut mendapat bencana dan takut mendapat seksa?

Saidina Ali bin Abu Talib pernah berkata, "Ada golongan yg mnyembah Allah kerana mahukan ganjaran. Inilah ibadah seorang pedagang. Golongan lain pula menyembah Allah kerana takut. Inilah ibadah seorang hamba. Golongan seterusnya menyembah Allah kerana rasa syukur. Inilah ibadah seorang yg merdeka."

Saidina Ali tidak menyalahkan mereka yg menjalinkan hubungan dgn Allah umpama seorang pedagang. Beliau juga tidak menyalahkan orang yg menjalinkan hubungan dgn Allah seperti seorang hamba. Beliau hanya menunjukkan kualiti yg mesti kita miliki di hadapan Allah. Alangkah indahnya apabila kita menjadi orang yg merdeka, bukan menjadi hamba mahupun pedagang dalam beribadah. Namun, tanpa banyak diketahui atau disedari, ramai orang memilih menjadi pedagang ataupun hamba dalam beribadah kepada Allah, dalam mengerjakan perintah-perintahnya dan dalam menjalankan sunah-sunahnya. Kita membeli syurga dgn melakukan kebaikan dan mempertahankan kebenaran. Kita menjual neraka dgn menjauhi larangan-larangan Allah.

Dimanakah kita?..

Renungan


Allahummarzuqna bi'ilman Naafi'an..
Ameen...

Sunday 13 March 2011

Kembara Kebenaran

Pada 7 Mei 1939, pemburuan penjenayah paling sensasi di Kota New York akhirnya sampai pada klimaksnya. Selepas pihak polis mencari selama berminggu-minggu,akhirnya Crowley, si 'Dua Senjata', seorang pembunuh dan perompak bersenjata yang tidak merokok dan tidak minum minuman keras berada dalam keadaan tersepit. Dia terperangkap di dalam apartmen kekasihnya di West End Avenue.

Seramai 150 orang anggota polis dan detektif mengepung tempat persembunyiannya itu. Mereka membuat lubang2 di bumbung dan berusaha memancing Crowley keluar dgn memasukkan gas pemedih mata. Anggota polis turut bersedia dgn senapang di dalam bangunan2 di sekitar apartmen itu. Selama lebih satu jam, kota New York bingit dgn bunyi letusan senjata api. Crowley merangkak di belakang kerusi sambil membalas tembakan polis tanpa henti. Seramai 10,000 orang tergamam menyaksikan pertempuran ini.
Belum pernah peristiwa seperti ini terjadi di New York.

Apabila Crowley tertangkap, ketua polis New York, E.P Mulrooney menyatakan, Crowley adalah salah seorang penjenayah yg paling berbahaya yg pernah wujud dalam sejarah New York. Mulrooney berkata, " Dia sanggup membunuh hanya kerana sehelai bulu yg jatuh".

Namun, bagaimana Crowley melihat dirinya sendiri? Sewaktu polis mengepung dan menyerang apartmentnya, dia menulis sepucuk surat yg ditujukan kpd 'mereka yg berkenaan'. Sewaktu dia menulis surat itu, darahnya mengalir dari lukanya hingga meninggalkan bekas merah di atas kertas. Dalam suratnya, Crowley menulis, "Di sebalik pakaian saya, ada seketul hati yg letih tetapi seketul hati itu baik dan tidak sanggup mencederakan sesiapa pun".

Sebelum dia menulis surat itu, Crowley menarik picu senjatanya dan menembak seorang polis yg berada di dalam kereta. Apabila polis itu tidak sedarkan diri, Crowley melompat keluar dari kereta. Dia merampas senjata polis itu dan menmbak sekali lagi ke arah polis tadi. Pada waktu yg sama, Dia berkata "Di sebalik pakaian saya, ada seketul hati yg letih tetapi seketul hati itu baik dan tidak sanggup mencederakan sesiapa pun".

Crowley di jatuhkan hukuman mati di atas kerusi elektrik. Sewaktu dia sampai di penjara Sing Sing, Dia tidak berkata, "Inikah hukuman yg saya terima kerana membunuh orang?" Sebaliknya dia berkata, "Inikah yg saya terima kerana membela diri?"

Apakah pengajaran yg dapat kita ambil daripada kisah Crowley? Dale Carnegie berkata, "Crowley si "Dua Senjata" tidak menyalahkan dirinya sama sekali." Seperti Crowley, Al-Capone juga berpendirian demikian. Dia pemimpin geng paling kejam yg pernah mengganas di Chicago. Capone sama sekali tidak pernah menganggap dirinya jahat. Sebaliknya, Dia menganggap dirinya sebagai dermawan iaitu dermawan yg tidak di hargai dan difahami.

Begitu juga dgn Dutch Schutz, sebelum pihak polis berjaya menangkapnya di Newark. Dia juga salah seorang penjahat yg terkenal di New York. Dalam satu wawancara akhbar, Dutch Schultz berkata dia adalah dermawan. Bagaimana pula dgn kita?

Kita biasanya menganggap diri kita, kata2, sikap dan perbuatan kita adalah betul. Tanpa menimbang semua itu dgn akal, kita percaya ucapan, sikap dan perbuatan kita selalu betul. Kita juga mengukur orang lain dgn prinsip kita dan kita salahkan orang lain dgn kebenaran kita yg subjektif.

Sama ada kita sedar atau tidak, ramai antara kita yg memiliki sikap seperti Crowley, Al-Capone dan Ducth Schultz. Kita menganggap diri kita membantu org lain, tanpa kita sedari sebenarnya kita sedang membunuh orang yg kita bantu itu.

Kita menganggap diri kita memberikan sesuatu yg berharga kpd orang lain. Ia mungkin dalam bentuk kata2 yg berharga, motivasi, wang , jawatan,kedudukan, dll. Dgn itu wajar bg org itu memberikan pula sesuatu kpd kita kita mengharapkan balasan seperti Sanjungan, Pujian, Penghormatan, Penghargaan, bahkan tidak hanya itu, kita juga sering mengharap orang membalas budi baik kita. Apa yg lebih dasyat, kita mengikat dan menguasai orang lain yg kita  bantu supaya dia mngikut kata2 dan perintah kita. Kita jarang menyedari yang kita sebenarnya memberi pertolongan kpd org lain kerana kita mahu dia juga memberi dan menolong kita.

Mulut kita biasanya berkata kita memberi dgn ikhlas, tetapi cara dan tujuan kita dalam memberi ternyata bertentangan dgn kata2 yg kita ucapkan.

Renungan..

Petikan Ajaibnya Bersedekah..

Wednesday 9 March 2011

Bermulanya Satu Kembara Ilmu

Assalamualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim...


Segala puji bagi Allah yang awal sebelum menjadi yang akhir dan yang zahir sebelum yang batin. Setiap yang mulia selain Dia adalah rendah, setiap yang kuat selain Dia adalah lemah dan setiap majikan selain Dia adalah hamba.
Setiap yang tahu selain Dia adalah pencari ilmu. Setiap yang berkuasa selain Dia adalah kadang2 berkuasa dan kadang2 tidak. Setiap pendengar selain Dia adalah tuli pada suara2 yang ringan sedangkan yang suara nyaring menulikannya dan suara2 jauh menjauh daripadanya.
Setiap yang melihat selain Dia adalah buta pada warna2 yang tersembunyi dan pada benda2 halus. Setiap yang zahir selain Dia tidak tersembunyikan sedangkan setiap yang batin selain Dia tidak dapat menjadi zahir. Daripadanya semuanya wujud dan kepadanya semuanya kembali.


Apabila kita menyelami ajaran agama dengan bersungguh2, kita bakal bertemu dengan mutiara2 yang indah dan mahal. Oleh sebab banyak ajaran agama tidak di selami, akhirnya muiara2 itu tetap tersimpan dan menjadi misteri.


Berapa ramaikah daripada kita yang mengerjakan solat tanpa menyelami dan mendalami hakikat solat yang kita lakukan itu hingga solat kurang memberikan pengaruh yang penting dalam kehidupan kita sendiri. Berapa banyakkah daripada kita yang berpuasa tetapi kita
melakukannya hanya dengan mencegah makan dan minum yang cuma menjadikan kita lapar dan dahaga.


Berapa ramaikah saudara2 kita pergi ke tanah suci menghadap Allah namun sesudah mereka kembali, ternyata mereka masih melakukan perkara2 yang salah. Berapa banyakkah ajaran2 agama yang hanya berubah menjadi ritual2 dan amalan2 kosong. Sama ada kita melakukannya atau tidak melakukannya, ia tidak mengubah apa2 dalam diri kita mahupun kehidupan kita. Kewujudannya ataupun ketiadaannya sama sahaja, kedua2nya tidak membawa kesan.


Menyelami dan mendalami ajaran2 agama adalah penting supaya kita boleh memiliki mutiara yang indah dan mahal itu. Apa yang lebih penting, kita perlu mengamalkan ajaran2 itu dengan sebaiknya.


titik.