Friday 20 May 2011

Muqaddimah Kembara Insan Agung

Rasanya tidak mampu untuk menahan diri dari tidak meluahkan perasaan dalam tulisanku tentang manusia yg paling aku kasihi dalam hatiku, iaitu Muhammad s.a.w. Sesungguhnya saya bukanlah sedang menulis tentang seorang pemimpin politik yg sedang menyampaikan manifestonya kepada khalayak bangsanya atau cuba menjelaskan kepada para pengikutnya semua rancangannya, umtuk membangun sebuah negara di salah satu sudut dari dunia ini. Tidak! Akan tetapi saya menulis tentang seorang utusan Allah, Tuhan bagi alam semesta yg diutus untuk membawa rahmat bagi umat manusia seluruhnya.

Saya tidak mampu dari tidak bersikap memihak ketika menulis tentang ia, kerana saya tidak menulis tentang salah seorang khalifah yg mempunyai kekuatan bersenjata, istana, dan banyak pembantu, serta mempunyai harta kekayaan yang banyak berupa emas, perak, kuda yg diberi tanda, haiwan ternakan, dan ladang pertanian yg luas. Tiada lain yg saya tulis adalah perihal seorang yg menjadi rahmat yg diturunkan dan nikmat yg dianugerahkan. Dialah Muhammad s.a.w.

Saya tidak kuasa untuk bersikap tidak memihak, kerana saya bukan menulis tentang seorang sultan yang menguasai manusia dengan pedang dan cambuknya serta mempertakuti manusia dengan kekuasaan, pengaruh, dan propaganda yg ada padanya, melainkan saya menulis tentang seorang yg terpelihara dari dosa-dosa. Allah telah melapangkan dadanya, memaafkan semua dosa-dosanya, dan meninggikan sebutannya.

Saya tidak kuasa dari tidak meluahkan perasaanku, kerana saya bukan menulis tentang seorang penyair kacau atau seorang pemidato yg besar mulut atau pembicara tukang membuat atau seorang filosof yg kepaung (tanpa arah dan tujuan) atau seorang pendongeng yg pandai berilusi atau seorang penulis yg ahli dalam membuat cerita atau seorang pedagang yg hidup senang.

Sesungguhnya saya menulis tentang Nabi terakhir, diturunkan wahyu kepadanya, Jibril turun kepadanya dan menghantarkannya hingga ke Sidratul Muntaha. Dia mempunyai syafaat yg terbesar, kedudukan yg paling agung, telaga yg didatangi, kedudukan yg terpuji, dan panji yg ditegakkan. Kalau memang demikian, maka bagaimanakah aku dapat bersikap tidak memihak?

Apakah anda hendak menahan perasaanku, membelenggu kecenderunganku, dan mengekang degupan jantungku ketika aku menulis tentang manusia yg paling kucintai dengan sepenuh hati, seorang lelaki yg paling kuhormati, dan makhluk yg paling kumuliakan dengan segenap jiwaku? Sesungguhnya hal ini adalah sesuatu yg aneh.

Apakah anda hendak menahan deraian air mataku ketika aku hendak menulis sirah perjalanan hidupnya? Apakah anda hendak memadamkan bara kerinduan jiwaku ketika aku hendak menulis tentang berita-beritanya dan apakah anda hendak membekukan degupan kecintaan hatiku ketika aku menguntai kenangan-kenangannya? Aku sama sekali tidak kuasa melakukannya, meskipun beribu upaya telah kulakukan.

Demikian itu kerana saya menulis tentang seorang anutan yg petunjuknya selalu menjadi imamku dalam semua persepsi dan tindakanku. Ketika aku sembahyang, aku selalu teringat kepadanya, kerana baginda bersabda : "Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku mengerjakannya!" (Bukhari 231)

Manakala ketika aku mengerjakan ibadah haji, aku selalu teringat kepadanya, kerana baginda bersabda : "Ambillah contoh manasik haji dariku!" (Muslim 1297)

Dalam setiap kedipan mataku, aku selalu teringat kepadanya, kerana baginda bersabda : "Sesiapa yang benci terhadap sunnahku (tuntutan)ku, ia bukan dari golonganku." (Bukhari 5063, Muslim 1041)


Setiap kali aku selalu teringat kepadanya, kerana Allah s.w.t. telah berfirman : "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yg baik bagimu." (Surah Al Ahzaab (33):21)


Sesungguhnya aku menulis tentang seorang lelaki yg paling dihargai, insan yg paling dimuliakan, manusia yg paling utama dan makhluk yg paling suci. Rujukanku dalam penulisan ini adalah data cinta yg tersimpan dalam kalbuku dan sumberku dalam hal ini ada dalam daftar kekaguman yg terukir dalam ingatanku.

Aku menulisnya seolah-olah dengan semua saraf tubuhku dan urat jantungku dan seolah-olah dakwat yg kugunakan untuknya adalah darah dan air mataku.

POTRET PERIBADI MUHAMMAD SAW
Dr Aidh Abdullah Al Qarni

Thursday 5 May 2011

Kembara Eksplorasi 3

Di Palestin terdapat dua laut. Pertama, laut ataupun Tasik Galilea yang terkenal. Ia memperoleh air tawarnya dari sungai-sungai berdekatan, menggunakan air itu bagi menumbuhkan bermacam-macam tumbuhan air dan kemudian mengalirkannya ke Sungai Jordan. Sungai Jordan menjalankan fungsinya menyalurkan kehidupan di sepanjang gurun yang di laluinya dan mengubahnya menjadi tanah yang subur.


Kedua, Laut Mati, Laut Mati penuh dengan garam hingga tidak ada kehidupan yang mampu bertahan hidup di dalamnya. Perbezaan antara kedua-dua badan air ini adalah Laut Mati memperoleh air itu dari Sungai Jordan tetapi tidak mengalirkan air itu ke mana-mana pun. Jadi, ia tidak mempunyai saluran pembuangan.


Begitu juga dengan manusia. Kita boleh menjadi seperti Sungai Jordan ataupun kita boleh menjadi seperti Laut Mati. Orang yang hidup tanpa memberi akan menjadi orang yang susah bergerak dan mendapati semua yang dia miliki menghambat kehidupannya. Sebaliknya, orang yang memberi dengan bebas, berkembang dengan subur umpama daun-daun hijau pada musim hujan.