Wednesday 16 March 2011

Kembara Renungan

Kita sebagai manusia memiliki satu kecenderungan iaitu mengharapkan imbalan atau balasan daripada perbuatan baik yg telah dilakukan. John Dewey, seorang ahli falsafah Amerika berkata, desakan yg kuat dalam sifat asas manusia adalah mahu menjadi penting. Apabila kita memberi ataupun membantu orang lain, maka orang itu menganggap kita penting.

Lincoln pernah memulakan suratnya dengan menulis, "setiap orang menyukai pujian." William James berkata, "Prinsip asas dalam sifat manusia adalah perasaan perlu dihargai." James tidak menyatakan 'harapan', 'hasrat' ataupun 'dambaan' tetapi mengatakan perlu dihargai. Mengharap imbalan, balasan, sanjungan, pujian, penghormatan, dan penghargaan adalah alasan yg kuat bagi diri seseorang di sebalik memberi pertolongan kepada orang lain.

Kecenderungan itu tidak hanya berlaku dalam konteks sosial atau kemasyarakatan semata-mata, malah ia juga berlaku dalam konteks keagamaan. Bukankah kita beribadah kepada Allah kerana mengharapkan pahala? Mengharapkan syurga? Bukankah kita berusaha menjauhi larangan-larangan Allah kerana takut dimasukkan ke dalam neraka? Takut mendapat bencana dan takut mendapat seksa?

Saidina Ali bin Abu Talib pernah berkata, "Ada golongan yg mnyembah Allah kerana mahukan ganjaran. Inilah ibadah seorang pedagang. Golongan lain pula menyembah Allah kerana takut. Inilah ibadah seorang hamba. Golongan seterusnya menyembah Allah kerana rasa syukur. Inilah ibadah seorang yg merdeka."

Saidina Ali tidak menyalahkan mereka yg menjalinkan hubungan dgn Allah umpama seorang pedagang. Beliau juga tidak menyalahkan orang yg menjalinkan hubungan dgn Allah seperti seorang hamba. Beliau hanya menunjukkan kualiti yg mesti kita miliki di hadapan Allah. Alangkah indahnya apabila kita menjadi orang yg merdeka, bukan menjadi hamba mahupun pedagang dalam beribadah. Namun, tanpa banyak diketahui atau disedari, ramai orang memilih menjadi pedagang ataupun hamba dalam beribadah kepada Allah, dalam mengerjakan perintah-perintahnya dan dalam menjalankan sunah-sunahnya. Kita membeli syurga dgn melakukan kebaikan dan mempertahankan kebenaran. Kita menjual neraka dgn menjauhi larangan-larangan Allah.

Dimanakah kita?..

Renungan


Allahummarzuqna bi'ilman Naafi'an..
Ameen...

No comments:

Post a Comment