Monday 21 March 2011

Kembara Hikmah

Pada suatu hari Saidina Ali mengisahkan ada seorang lelaki datang kpd Nabi Muhammad dan berkata, "Ajarkanlah kepadaku suatu amalan yg membuat Allah dan para makhluk mencintaiku, Allah menambahkan hartaku, menyihatkan tubuhku, memanjangkan umurku, dan membangkitkan aku di Padang Mahsyar bersamamu."

Subhanallah, suatu pertanyaan yg sama dgn pertanyaan kita, bukan? Bukankah perkara-perkara itu juga menjadi keinginan kita semua? Siapa yg tidak suka dicintai Allah dan para makhluknya? Siapa yg tidak suka Allah memberikan banyak harta dan menyihatkan tubuh kita serta memanjangkan umur kita? Apalagi bangkit pada hari kiamatbersama Nabi Muhammad?

Nabi Muhammad menjawab, "Kamu memohon enam perkara, jadi kamu perlu melakukan enam perkara juga. Apabila kamu mahu Allah mencintaimu, takutlah kepadanya dan bertakwalah. Apabila kamu mahu para makhluk mencintaimu, berbuat baiklah kepada mereka dan jangan mengharap sesuatu daripada apa yg mereka miliki. Apabila kamu mahu memiliki banyak harta, zakatkanlah harta bendamu. Apabila kamu mahu menjadi sihat, banyakkanlah sedekahmu. Apabila kamu mahu panjang umur, jalinkan silaturahim dgn saudara-saudaramu. Apabila kamu mahu dikumpulkan bersamaku di Padang Mahsyar, panjangkanlah sujudmu pada Allah yg Maha Esa dan Maha Perkasa."

Tidakkah kita mahu menjadi orang yg takut dan bertakwa kepada Allah bukan kerana kita mengharap Allah mencintai kita, tetapi kita takut dan bertakwa kepadanya kerana Allah memang layak utk ditakuti dan menjadi tujuan kita bertakwa. Adakah kerana Allah mencintai kita, maka kita menjadikannnya alasan menjadi orang yg takut dan bertakwa kepadanya? Adakah kerana kita mahukan semua makhluk mencintai kita, maka kita tidak mengharapkan sesuatu yg mereka miliki?

Dengan kata lain, apabila keinginan dicintai makhluk itu wujud, adakah kita tidak mengharapkan sesuatu daripada mereka? Adakah kerana zakat itu dapat meluaskan rezeki, baru kita hendak mengeluarkan zakat? Dengan kata lain, seandainya zakat itu tidak mendatangkan dan meluaskan rezeki, adakah kita tidak mengeluarkan zakat? Adakah kerana silaturahim itu dapat memanjangkan umur, baru kita mahu bersilaturahim? Dengan kata lain seandainya silaturahim itu tidak dapat memanjangkan umur, adakah kita tidak bersilaturahim? Adakah kerana memanjangkan sujud sewaktu solat itu dapat mengumpulkan kita bersama Nabi Muhammad di Padang Mahsyar, baru kita hendak memanjangkannya?

kita seperti orang yang bertanya kepada Nabi Muhammad di atas dan nampaknya, seperti itulah cara kita bersedekah. Kita mengharapkan imbalan dan balasan. Kita menjadi pedagang. Kita bersedekah dengan mentaliti seorang pedagang. Kita tidak bersedekah sebagai orang yg merdeka.

Apakah ini yg kita inginkan?..

Allahummafaqqihna fid diin....
Ameen...

1 comment:

  1. salam afiq,
    terima kasih atas bingkisan ini,
    moga Allah sentiasa memberi kesempatan utk menulis,
    teruskan yg baik2 ini,
    moga Allah kasih. =)

    ReplyDelete